• Home
  • refleksi
  • biodata diri
  • tugasan

REFLEKSI MINGGU KETIGA

9/26/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t……..

Jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar saya yang terlibat dalam kursus komputer dalam pendidikan kerana sudi membantu saya menjayakan tugasan ini.Subjek ini banyak memberi pengalaman kepada saya tentang cara menggunakan komputer dalam pendidikan.Sebelum ini saya tidak pernah menggunakan komputer secara mendalam,Dengan adanya kelas ini,saya dapat menpelajari benda yang baru.

Kelas ini diadakan pada hari selasa minggu ketiga oleh cik mazalah selama selam 3 jam di makmal komputer 2.Antara aktiviti yang telah saya jalankan pertama sekali ialah:

1)Daftar akaun gmail dilaman google.

2)Membuka aplikasi dalam gmail iaitu google drive.

3)Membuka akaun dropbox.

4)Membuka laman web weebly.

Aktiviti pertama ialah,cik mazalah telah menyuruh kami mendaftar akaun gmail.Selepas siap mendaftar kami dikehendaki menghantar email kepada cik mazalah berdasar tajuk” pengalaman pertama menggunakan komputer”.Setelah selesai menghantar email kepada cik mazalah,kami diminta membuka google search dan mencari maklumat yang berkaitan dengan komputer sebagai alat.

Aktiviti kedua ialah,kami diminta untuk membuka aplikasi gmail iaitu google drive.Fungsi google drive ialah untuk menyimpan maklumat yang diambil dalam google search.Cik mazalah telah memberi 3 tugasan kepada kami sebagai kerja rumah.Tugasan yang diberi ini hendaklah di simpan dalam google drive dan dikira sebagai nota.

Aktiviti ketiga pula ialah,kami dikehendaki membuka akaun dropbox.Dropbox juga fungsinya  lebih kurang sama dengan google drive. Fungsinya ialah sebagai tempat menyimpan maklumat.Kami dikehendaki menyimpan maklumat yang telah dicari dalam dropbox ini.

Aktiviti terakhir ialah,kami diminta untuk membuka laman web weebly.Kami semua ditugaskan untuk membuka laman iaitu http://students.weebly.com yang disediakan oleh cik mazalah.Selepas membuka laman web ini cik mazalah juga telah menyediakn username dan password kepada kami.Selepas mendaftar kami dikehendaki menukar password yang telah dibekalkan oleh cik mazalah kepada password sendiri.Kemudian,kami dikehendaki membuat satu blog sendiri yang bertajuk refleksi saya,biodata diri dan tugasan yang perlu dilakukan nanti.

Kesimpulannya,terdapat banyak pengalaman yang saya belajar minggu ini.saya dapat belajar dengan sempurna perkara yang diajar oleh cik mazalah.Saya juga dapat memahami dan berjaya menyelesaikan tugasan yang diberi.Subjek komputer dalam pendidikan ini amat penting kepada kita semua kerana sekarang dunia berteknologi tinggi.

0 Comments
    assalamualaikum semua!!!!!!

    komputer dalam pendidikan

    subjek ini banyak memberi ilmu baru kepada saya. Subjek ini sangat berguna kepad saya..Saya akan gunakan ilmu ini sampai ke bila-bila.

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014

    Categories

    All

    RSS Feed


Powered by Create your own unique website with customizable templates.