• Home
  • refleksi
  • biodata diri
  • tugasan

REKFLEKSI MINGGU KE-7

10/30/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum Cik Mazalah dan rakan-arakan sekalian…

Syukur Alhamdulillah saya dapat belajar dengan sempurna pada minggu ke-7 ini.Pada minggu ini Cik Mazalah memberitahu sedikit sebanyak kepada kami tentang proses penyelidikan(mini research).Cik Mazalah memberitahu kami apa itu asas penyelidikan dan sorotan literature,Teknik pembentukan soalan dalam soal selidik,penyediaan soal selidik di atas talian dan pengumpulan.Kami telah faham apa yang diberitahu oleh Cik Mazalah.

Selepas itu, Cik Mazalah menyuruh kumpulan masing-masing memilih tajuk yang diberikan.Selepas selesai memilih tajuk kami sekumpulan dikehendaki mencari maklumat tentang tujuan penyelidikan ,proses penyelidikan, dan persediaan dan pembinaan item soal selidik.Kami dikehendaki membuat tugasan ini dan menghantar tugasan ini pada minggu depan . Dalam kumpulan ,kami dikehendaki membincangkan tujuan dan objektif kajian mini,dan senarai item untuk dimasukkan dalam soal selidik.

0 Comments

REFLEKSI MINGGU KE-6

10/30/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t Cik Mazalah dan kawan-kawan..

 Syukur alhamdulilah kerana dengan izinNya, saya belajar dengan baik dan dapat membuat refleksi aktiviti tugasan 3 minggu ke 6. Tugasan kali ini adalah membuat persembahan power point dengan mengaplikasikan Prinsip CASPER dalam menyiapkan projek.Prinsip ini merupakan panduan menyusun media seperti teks,grafik,animasi dan video pada sesuatu persembahan yg dapat   menarik perhatian dan minat penonton.

Di samping itu, CASPER juga merupakan singkatan daripada perkataan C=Contrast (Perbezaan antara dua objek,pembangun perisian perlulah memilih warna yang kontra), A=Alignment (Setiap item yang hendak diletakkan dalam muka perisian perlulah seimbang dengan   muka perisian supaya kelihatan lebih menarik).S=Simplicity (Grafik dan animasi perlulah ringkas dan dapat merangsangkan pengguna memahami maksud yang disampaikan) ,P=Proximity( Item yang digunakan dalam muka perisian perlulah dikumpulkan pada satu kawasan supaya nampak keseimbangan yang wujud antara item. E=Emphasis (Penakanan) dan R=Repetition( akan membantu pemahaman pengguna. Terdapat satu piawai antara muka perisian supaya pengguna akan dapat mentafsir dan memahami dengan mudah arahan yang diberikan oleh perisian pengulangan)

Akhir sekali, untuk tugasan 3 ini kami dikehendaki membuat slaid power point menggunakan prinsip CASPER di akaun gmail. Saya telah  membuat power point  langkah demi langkah berdasarkan arahan yang telah diberikan oleh Cik Mazalah. Meskipun mengalami kesukaran pada asalnya kerana kami baru pertama kali menggunakannya tetapi  kami berjaya juga akhirnya membuat tugasan tersebut dengan berkat dan akesabaran kami sekumpulan. Kemudian slide yang telah siap di muat naik ke google drive dalam tugasan 3.

Kesimpulannya, aktiviti minggu ini amat sukar dan ia menjadi satu pengalaman kepada saya. Saya akan memanfaatkan ilmu yang di ajra oleh Cik Mazalah sebaik yang mungkin.

 



 


 

0 Comments

REFLEKSI MINGGU KE-5

10/30/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t semua…

Alhamdulilah saya dapat menyelesaikan tugasan pada mimnngu ke-5 ini. Pada minggu ini , pensyarah telah memberi arahan kepada kami semua untuk membuat beberapa tugasan yang hendak diberikan.Selepas itu,  saya dan rakan-rakan  diberikan tugasan untuk membincangkan   isu yang berkaitan dengan komputer dalam pendidikan. Setiap pelajar dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing iaitu sebanyak 10 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang ahli setiap kumpulan. Kemudian, pensyarah menyuruh kami melantik ahli kumpulan bagi setiap kumpulan masing-masing. Semua  ketua kumpulan diminta tampil ke hadapan untuk memilih tajuk melalui cabutan nombor yang disediakan oleh pensyarah. Kumpulan kami telah mendapat  nombor 9 dan tajuk yang diperolehi ialah ‘web 2.0 dalam pendidikan(web 2.0 in education).

Selepas itu, kami dikehendaki mencari sebanyak mungkin bahan mengenai tajuk yang telah diperolehi melalui enjin carian google search,google scholar ataupun pangkalan data UKM.Kami semua menpelajari benda baru dalam mencari maklumat melalui google scholar dan melalui ptsl yang diajar oleh pensyarah. Seperti yang sedia maklum, mungkin semua orang sudah mengenali google search sebelum ini tapi tidak untuk google scholar dan pangkalan data UKM. Untuk pengetahuan semua google scholar merupakan satu enjin pencarian maklumat juga tetapi ia lebih spesifik berbanding google search. Google  scholar menyediakan cara yang mudah untuk mencari literatur akademik secara meluas. Anda akan  dapat mencari   seluruh bidang ilmu dan referensi hanya dari satu tempat. Manakala   pangkalan data UKM pula ialah satu pangkalan data yang telah dilanggan oleh pihak UKM untuk memudahkan para pelajar mencari bahan rujukan dalam sistem tanpa tidak perlu pergi ke tempat berkenaan. Sebelum  mengguna data tersebut para pelajar perlu mendaftar pengenalan diri di web UKM iaitu www.ukm.my/ptsl  . Cara ini dapat lagi memudahkan pelajar mencari bahan dengan cepat.

Seterusnya,  bahan –bahan yang diperoleh perlu dimuat naik dan disimpan di dalam tugasan 3 dalam google drive. Seterusnya tajuk yang telah diperolehi tersebut perlu dibaca sehingga faham dan setiap kumpulan perlu membina  sekurang-kurangnya tiga soalan yang berkaitan dengan tajuk tersebut di forum weebly ge1155 dengan membuka topik perbincangan yang baru dan harus membuat pembentangan di dalam kelas. Kemudian rakan-rakan yang lain hanya perlu menjawab soalan yang ditanya sebagai respon kepada soalan yang telah dikemukakan.

Akhir sekali, kuliah pada minggu kelima ini banyak memberi pengalaman dan benda baru dalam diri saya. Sebelum ini saya tidak pernah mempelajari benda sebegini.Saya berharap saya dapat belajar lebih daripad ini lagi untuk pembelajaran saya. Saya akan memanfaatkan ilmu ini sebaik yang mungkin. Belajar komputer dalam pendidikan ini memang bessttt….

0 Comments

REFLEKSI MINGGU KEEMPAT

10/1/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum dan syukur alhamdulillah saya dapat menghadiri kelas pada minggu keempat..Terdapat beberapa aktiviti yang telah saya lakukan pada minggu keempat ini.

Aktiviti yang pertama kami lakukan ialah kami dikehendaki mengunakan enjin pencarian seperti google untuk mencari maklumat mengenai Learning Management System(LMS) dan Course Management System (CMS).Setelah selesai kami mencari bahan dalam google search,kami hendaklah menyimpan bahan tersebut kedalam google drive dan dropbox sebagai nota dan rujukan.


Aktiviti kedua pula ialah kami dikehendaki membuka URL seperti http://ge1155.weebly.com/forum.html#/ge1155.Dalam url ini kami dikehendaki memasukkan maklumat ke dalam database yang telah disediakan setelah menpunyai url kepada e-portfolio masing-masing.Selepas itu,kami kena buat signature pada yang disediakan dalam forum itu.Kemudian,kami disuruh oleh cik mazalah untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Dr.Fariza iaitu salam perkenalan dan pengalaman mengunakan komputer.Saya dapat menjawab soalan yang diberikan oleh Dr.Fariza dengan jayanya.


Aktiviti ketiga iaitu sebagai kerja rumah,kami dikehendaki menulis dapatan tentang LMS dan CMS di dalam google doc.Perkara yang hendaklah ditulis dalam google doc seperti:
1)Apakah kegunaan LMS dan CMS?
2)Bagaimanakah menggunakan LMS dan CMS?
3)Apakah kegunaan LMS dan CMS?
4)Apakah perisian aplikasi LMS dan CMS?
5)Apakah perbezaan LMS dan CMS?
Kami hendaklahlah memjawab semua soalan ini dan ditulis di dalam google doc.Kami juga kena upload bahan ini di portfolio( weebly).


Sekian sahaja aktiviti minggu keempat ini...
0 Comments
    assalamualaikum semua!!!!!!

    komputer dalam pendidikan

    subjek ini banyak memberi ilmu baru kepada saya. Subjek ini sangat berguna kepad saya..Saya akan gunakan ilmu ini sampai ke bila-bila.

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014

    Categories

    All

    RSS Feed


Powered by Create your own unique website with customizable templates.