• Home
  • refleksi
  • biodata diri
  • tugasan

REFLEKSI MINGGU KE-14

12/12/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....

Alhamdulillah aktiviti pada minggu ini berjalan dengan lancar. Aktiviti pertama pada minggu ini ialah Cik Mazalah telah mengedarkan satu borang soal selidik dan kami semua harus menjawab soal selidik tersebut. Selepas semua selesai menjawab soal selidik, Cik mazalah telah memberi penerangan tentang tugasan yang telah dijalankan sepanjang pembelajaran. Cik Mazalah telah memberitahu tugasan pertama hingga ke tugasan terakhir untuk dimasukkan dan dikemaskini  dalam weebly pelajar masing-masing.
0 Comments

REFLEKSI MINGGU KE-13

12/12/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.......


Alhamdulillah ,syukur ke hadrat illahi kerana aktiviti minggu ini berjalan dengan lancar. Aktiviti pertama pada minggu ini ialah Cik Mazalah menyuruh kami mendaftar e-portfolio yang telah disediakan oleh Dr. Fariza di laman forum weebly. Tujuan pendaftaran e-port folio ini ialah untuk pensyarah dapat melihat blog pelajar masing-masing. Alhamdulillah semuanya selesai mendaftar e-portfolio dengan jayanya. Selepas itu, Cik Mazalah menanyakan tentang video tugasan pada minggu lepas. Ternyata masih ramai lagi pelajar yang tidak menyiapkan video termasuklah saya sendiri. Cik Mazalah memberi tarikh penting kepada kami berkenaan tarikh akhir upload video di forum weebly ialah pada 23/12/2014 manakala tarikh tamat komen video tersebut ialah pada 26/12/2014.


Setelah selesai mengenai video tersebut, Cik mazalah telah memulakan pengajarannya berkenaan tugasan baru iaitu tugasan 8. Cik Mazalah menceritakan serba sedikit tentang tugasan 8 yang berkenaan microsoft excel. Tugasan ini amat rumit bagi saya. Cik mazalah mengajar kami satu persatu mengenai cara mengira markah menggunakan microsoft excel. Cara membuat tugasan ini memang susah dan ianya menpunyai banyak step. Saya banyak tertinggal step yang di ajar oleh cik mazalah. Dengan adanya cik mazalah dan rakan-rakan dapat membantu saya menyelesaikan masalah tugasan ini. Selepas berhempas pulas menyiapkan tugasan ini ,akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
  
0 Comments

REFLEKSI MINGGU KE-12

12/1/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera ........
Syukur alhamdulillah aktiviti pada minggu ini berjalan dengan lancar. Aktiviti pertama pada minggu ini ialah pembentangan oleh kumpulan 2 yamg bertajuk pembelajaran tentang teknologi maklumat dan komunikasi.


0 Comments

REFLEKSI MINGGU KE-11

12/1/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera....


Alhamdulilah bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik untuk menghadiri kelas pada minggu ini. Bersyukur kepada Allah kerana masih lagi sudi memberi peluang untuk menimba ilmu  pada kelas hari ini. Pada minggu ini Dua kumpulan terakhir telah membuat pembentangan. Dan salah satunya adalah dari kumpulan saya. Sangat berdebar kerana takut Cik Mazalah tidak berpuas hati atau apa-apa sahaja kemungkinan yang akan terjadi. Aktiviti pertama pada minggu ini oleh Kumpulan 5 yang membentangkan tajuk e-learning dan m-learning. Selepas kumpulan 5, giliran kumpulan saya pula membentangkan tugasan yang diberikan oleh cik mazalah yamg bertajuk WEB 2.0 dalam pendidikan. Alhamdulilah kumpulan saya dan kumpulan 5 berjaya membuat pembentangan dengan baik.

Seterusnya,setelah siap melakukan pembentangan kumpulan kami juga telah dinilai oleh kumpulan yang lain. Segala teguran yang kami perolehi kami akan terima dengan hati yang terbuka kerana salah dan silap itu adalah salah satu proses yang wajib dilalui sepanjang menjalani proses pembelajaran. Perasaan lega serta-merta wujud apabila sudah siap membuat pembentangan. Alhamdulilah.

Setelah itu, Cik Mazalah juga telah menunjukkan cara untuk membuat dapatan kajian hasil daripada borang selidik yang telah dibuat dan dijawab oleh rakan-rakan. Dapatan kajian yang dibuat perlu dibuat berdasarkan persoalan yang telah dibuat. Dalam dapatan juga perlu diletakkan data yang menunjukkan bilangan dan peratusan orang yang menjawab soalan yang telah di `share’kan linknya. Selain itu dalam dapatan juga perlu meletakkan graf untuk menunjukkan peratusan responden secara lebih mendalam dan tepat.

0 Comments
    assalamualaikum semua!!!!!!

    komputer dalam pendidikan

    subjek ini banyak memberi ilmu baru kepada saya. Subjek ini sangat berguna kepad saya..Saya akan gunakan ilmu ini sampai ke bila-bila.

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014

    Categories

    All

    RSS Feed


Powered by Create your own unique website with customizable templates.