• Home
  • refleksi
  • biodata diri
  • tugasan

REFLEKSI MINGGU KE-14

12/12/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....

Alhamdulillah aktiviti pada minggu ini berjalan dengan lancar. Aktiviti pertama pada minggu ini ialah Cik Mazalah telah mengedarkan satu borang soal selidik dan kami semua harus menjawab soal selidik tersebut. Selepas semua selesai menjawab soal selidik, Cik mazalah telah memberi penerangan tentang tugasan yang telah dijalankan sepanjang pembelajaran. Cik Mazalah telah memberitahu tugasan pertama hingga ke tugasan terakhir untuk dimasukkan dan dikemaskini  dalam weebly pelajar masing-masing.
0 Comments

REFLEKSI MINGGU KE-13

12/12/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.......


Alhamdulillah ,syukur ke hadrat illahi kerana aktiviti minggu ini berjalan dengan lancar. Aktiviti pertama pada minggu ini ialah Cik Mazalah menyuruh kami mendaftar e-portfolio yang telah disediakan oleh Dr. Fariza di laman forum weebly. Tujuan pendaftaran e-port folio ini ialah untuk pensyarah dapat melihat blog pelajar masing-masing. Alhamdulillah semuanya selesai mendaftar e-portfolio dengan jayanya. Selepas itu, Cik Mazalah menanyakan tentang video tugasan pada minggu lepas. Ternyata masih ramai lagi pelajar yang tidak menyiapkan video termasuklah saya sendiri. Cik Mazalah memberi tarikh penting kepada kami berkenaan tarikh akhir upload video di forum weebly ialah pada 23/12/2014 manakala tarikh tamat komen video tersebut ialah pada 26/12/2014.


Setelah selesai mengenai video tersebut, Cik mazalah telah memulakan pengajarannya berkenaan tugasan baru iaitu tugasan 8. Cik Mazalah menceritakan serba sedikit tentang tugasan 8 yang berkenaan microsoft excel. Tugasan ini amat rumit bagi saya. Cik mazalah mengajar kami satu persatu mengenai cara mengira markah menggunakan microsoft excel. Cara membuat tugasan ini memang susah dan ianya menpunyai banyak step. Saya banyak tertinggal step yang di ajar oleh cik mazalah. Dengan adanya cik mazalah dan rakan-rakan dapat membantu saya menyelesaikan masalah tugasan ini. Selepas berhempas pulas menyiapkan tugasan ini ,akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
  
0 Comments

REFLEKSI MINGGU KE-12

12/1/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera ........
Syukur alhamdulillah aktiviti pada minggu ini berjalan dengan lancar. Aktiviti pertama pada minggu ini ialah pembentangan oleh kumpulan 2 yamg bertajuk pembelajaran tentang teknologi maklumat dan komunikasi.


0 Comments

REFLEKSI MINGGU KE-11

12/1/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera....


Alhamdulilah bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik untuk menghadiri kelas pada minggu ini. Bersyukur kepada Allah kerana masih lagi sudi memberi peluang untuk menimba ilmu  pada kelas hari ini. Pada minggu ini Dua kumpulan terakhir telah membuat pembentangan. Dan salah satunya adalah dari kumpulan saya. Sangat berdebar kerana takut Cik Mazalah tidak berpuas hati atau apa-apa sahaja kemungkinan yang akan terjadi. Aktiviti pertama pada minggu ini oleh Kumpulan 5 yang membentangkan tajuk e-learning dan m-learning. Selepas kumpulan 5, giliran kumpulan saya pula membentangkan tugasan yang diberikan oleh cik mazalah yamg bertajuk WEB 2.0 dalam pendidikan. Alhamdulilah kumpulan saya dan kumpulan 5 berjaya membuat pembentangan dengan baik.

Seterusnya,setelah siap melakukan pembentangan kumpulan kami juga telah dinilai oleh kumpulan yang lain. Segala teguran yang kami perolehi kami akan terima dengan hati yang terbuka kerana salah dan silap itu adalah salah satu proses yang wajib dilalui sepanjang menjalani proses pembelajaran. Perasaan lega serta-merta wujud apabila sudah siap membuat pembentangan. Alhamdulilah.

Setelah itu, Cik Mazalah juga telah menunjukkan cara untuk membuat dapatan kajian hasil daripada borang selidik yang telah dibuat dan dijawab oleh rakan-rakan. Dapatan kajian yang dibuat perlu dibuat berdasarkan persoalan yang telah dibuat. Dalam dapatan juga perlu diletakkan data yang menunjukkan bilangan dan peratusan orang yang menjawab soalan yang telah di `share’kan linknya. Selain itu dalam dapatan juga perlu meletakkan graf untuk menunjukkan peratusan responden secara lebih mendalam dan tepat.

0 Comments

REFLEKSI MINGGU KE-10

11/17/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....
Aktiviti pad minggu ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Aktiviti pertama ialah pembentangan oleh kumpulan 6 yang bertajuk perisian asal dan berlesen.Pembentangan yang seterusnya ialah kumpulan 7 yang bertajuk  open source software(sumber perisian terbuka).Kedua-dua kumpulan ini dapat membentang dengan penuh idea dan bersemangat.
Aktiviti seterusnya ialah cik mazalah menerangkan tugasan 6 yang perlu kami lakukan. cik mazalah mengarahkan kami untuk membina satu brosur microsoft publisher menggunakan bahan yang telah dikumpul berkaitan dengan tugasan 3.Selepas itu. cik mazalah menyuruh kami untuk memasukkan unsur teks, bentuk, imej dan warna. Cik mazalah juga menyuruh kami aplikasikan prinsip CASPER dalam peminaan brosur yang hendak dibina.
Seterusnya menggunakan bahan yang sama, kami dikehendaki membina brosur menggunakan microsoft word.Selepas selelsai membuat brosur, kami dikehendaki menguploadkan brosur tersebut di portfolio weebly masing-masing. Brosur yang cantik dan menarik akan diberi markah yang banyak. Kami dikehendaki menghantar tugasan ini selewat-lewatnya 24 nov 2014 bagi kumpulan SE2.
0 Comments

REFLEKSI MINGGU KE-9

11/10/2014

0 Comments

 

Assalaamualaikum dan salam satu Malaysia...

Aktiviti pada mnggu ini berjalan dengan lancar dan baik.Aktiviti pertama ialah pembentangan oleh kumpulan 2 yang bertajuk kemahiran berfikir dalam ict..Selepas itu pembentangan seterusnya ialah kumpulan 6 yang bertajuk keselamatan internet dan keselamatan komputer.Kedua-kedua pembentangan ini berjalan dengan jayanya.

Selepas pembentangan, Cik Mazalah membuka ruang untuk pelajar bertanya  tentang tugas yang telah diberikan.


0 Comments

REFLEKSI MINGGU KE-8

11/10/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia…..

Syukur alahamdulillah proses pembelajaran pada minggu ke 8 ini berjalan dengan lancar. Aktiviti pada minggu ke-8 ini dimulakan dengan pembentangan oleh kumpulan yanag terlibat pada minggu itu. Selepas selesai pembentanagan cik Mazalah telah mengarahkan kami untuk membuka video pembinaan borang soal selidik yang telah di uploadkan dalam I folio.

Di akhir kelas, Cik Mazalah menyuruh kami menghantar tugasan yang telah diberikan pada minggu lepas oleh setiap kumpulan untuk disemak dan Cik Mazalah akan membuat pembetulan. 

0 Comments

REKFLEKSI MINGGU KE-7

10/30/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum Cik Mazalah dan rakan-arakan sekalian…

Syukur Alhamdulillah saya dapat belajar dengan sempurna pada minggu ke-7 ini.Pada minggu ini Cik Mazalah memberitahu sedikit sebanyak kepada kami tentang proses penyelidikan(mini research).Cik Mazalah memberitahu kami apa itu asas penyelidikan dan sorotan literature,Teknik pembentukan soalan dalam soal selidik,penyediaan soal selidik di atas talian dan pengumpulan.Kami telah faham apa yang diberitahu oleh Cik Mazalah.

Selepas itu, Cik Mazalah menyuruh kumpulan masing-masing memilih tajuk yang diberikan.Selepas selesai memilih tajuk kami sekumpulan dikehendaki mencari maklumat tentang tujuan penyelidikan ,proses penyelidikan, dan persediaan dan pembinaan item soal selidik.Kami dikehendaki membuat tugasan ini dan menghantar tugasan ini pada minggu depan . Dalam kumpulan ,kami dikehendaki membincangkan tujuan dan objektif kajian mini,dan senarai item untuk dimasukkan dalam soal selidik.

0 Comments

REFLEKSI MINGGU KE-6

10/30/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t Cik Mazalah dan kawan-kawan..

 Syukur alhamdulilah kerana dengan izinNya, saya belajar dengan baik dan dapat membuat refleksi aktiviti tugasan 3 minggu ke 6. Tugasan kali ini adalah membuat persembahan power point dengan mengaplikasikan Prinsip CASPER dalam menyiapkan projek.Prinsip ini merupakan panduan menyusun media seperti teks,grafik,animasi dan video pada sesuatu persembahan yg dapat   menarik perhatian dan minat penonton.

Di samping itu, CASPER juga merupakan singkatan daripada perkataan C=Contrast (Perbezaan antara dua objek,pembangun perisian perlulah memilih warna yang kontra), A=Alignment (Setiap item yang hendak diletakkan dalam muka perisian perlulah seimbang dengan   muka perisian supaya kelihatan lebih menarik).S=Simplicity (Grafik dan animasi perlulah ringkas dan dapat merangsangkan pengguna memahami maksud yang disampaikan) ,P=Proximity( Item yang digunakan dalam muka perisian perlulah dikumpulkan pada satu kawasan supaya nampak keseimbangan yang wujud antara item. E=Emphasis (Penakanan) dan R=Repetition( akan membantu pemahaman pengguna. Terdapat satu piawai antara muka perisian supaya pengguna akan dapat mentafsir dan memahami dengan mudah arahan yang diberikan oleh perisian pengulangan)

Akhir sekali, untuk tugasan 3 ini kami dikehendaki membuat slaid power point menggunakan prinsip CASPER di akaun gmail. Saya telah  membuat power point  langkah demi langkah berdasarkan arahan yang telah diberikan oleh Cik Mazalah. Meskipun mengalami kesukaran pada asalnya kerana kami baru pertama kali menggunakannya tetapi  kami berjaya juga akhirnya membuat tugasan tersebut dengan berkat dan akesabaran kami sekumpulan. Kemudian slide yang telah siap di muat naik ke google drive dalam tugasan 3.

Kesimpulannya, aktiviti minggu ini amat sukar dan ia menjadi satu pengalaman kepada saya. Saya akan memanfaatkan ilmu yang di ajra oleh Cik Mazalah sebaik yang mungkin.

 



 


 

0 Comments

REFLEKSI MINGGU KE-5

10/30/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum w.b.t semua…

Alhamdulilah saya dapat menyelesaikan tugasan pada mimnngu ke-5 ini. Pada minggu ini , pensyarah telah memberi arahan kepada kami semua untuk membuat beberapa tugasan yang hendak diberikan.Selepas itu,  saya dan rakan-rakan  diberikan tugasan untuk membincangkan   isu yang berkaitan dengan komputer dalam pendidikan. Setiap pelajar dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing iaitu sebanyak 10 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang ahli setiap kumpulan. Kemudian, pensyarah menyuruh kami melantik ahli kumpulan bagi setiap kumpulan masing-masing. Semua  ketua kumpulan diminta tampil ke hadapan untuk memilih tajuk melalui cabutan nombor yang disediakan oleh pensyarah. Kumpulan kami telah mendapat  nombor 9 dan tajuk yang diperolehi ialah ‘web 2.0 dalam pendidikan(web 2.0 in education).

Selepas itu, kami dikehendaki mencari sebanyak mungkin bahan mengenai tajuk yang telah diperolehi melalui enjin carian google search,google scholar ataupun pangkalan data UKM.Kami semua menpelajari benda baru dalam mencari maklumat melalui google scholar dan melalui ptsl yang diajar oleh pensyarah. Seperti yang sedia maklum, mungkin semua orang sudah mengenali google search sebelum ini tapi tidak untuk google scholar dan pangkalan data UKM. Untuk pengetahuan semua google scholar merupakan satu enjin pencarian maklumat juga tetapi ia lebih spesifik berbanding google search. Google  scholar menyediakan cara yang mudah untuk mencari literatur akademik secara meluas. Anda akan  dapat mencari   seluruh bidang ilmu dan referensi hanya dari satu tempat. Manakala   pangkalan data UKM pula ialah satu pangkalan data yang telah dilanggan oleh pihak UKM untuk memudahkan para pelajar mencari bahan rujukan dalam sistem tanpa tidak perlu pergi ke tempat berkenaan. Sebelum  mengguna data tersebut para pelajar perlu mendaftar pengenalan diri di web UKM iaitu www.ukm.my/ptsl  . Cara ini dapat lagi memudahkan pelajar mencari bahan dengan cepat.

Seterusnya,  bahan –bahan yang diperoleh perlu dimuat naik dan disimpan di dalam tugasan 3 dalam google drive. Seterusnya tajuk yang telah diperolehi tersebut perlu dibaca sehingga faham dan setiap kumpulan perlu membina  sekurang-kurangnya tiga soalan yang berkaitan dengan tajuk tersebut di forum weebly ge1155 dengan membuka topik perbincangan yang baru dan harus membuat pembentangan di dalam kelas. Kemudian rakan-rakan yang lain hanya perlu menjawab soalan yang ditanya sebagai respon kepada soalan yang telah dikemukakan.

Akhir sekali, kuliah pada minggu kelima ini banyak memberi pengalaman dan benda baru dalam diri saya. Sebelum ini saya tidak pernah mempelajari benda sebegini.Saya berharap saya dapat belajar lebih daripad ini lagi untuk pembelajaran saya. Saya akan memanfaatkan ilmu ini sebaik yang mungkin. Belajar komputer dalam pendidikan ini memang bessttt….

0 Comments
<<Previous
    assalamualaikum semua!!!!!!

    komputer dalam pendidikan

    subjek ini banyak memberi ilmu baru kepada saya. Subjek ini sangat berguna kepad saya..Saya akan gunakan ilmu ini sampai ke bila-bila.

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014

    Categories

    All

    RSS Feed


Powered by Create your own unique website with customizable templates.