Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
Alhamdulilah bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik untuk menghadiri kelas pada minggu ini. Bersyukur kepada Allah kerana masih lagi sudi memberi peluang untuk menimba ilmu pada kelas hari ini. Pada minggu ini Dua kumpulan terakhir telah membuat pembentangan. Dan salah satunya adalah dari kumpulan saya. Sangat berdebar kerana takut Cik Mazalah tidak berpuas hati atau apa-apa sahaja kemungkinan yang akan terjadi. Aktiviti pertama pada minggu ini oleh Kumpulan 5 yang membentangkan tajuk e-learning dan m-learning. Selepas kumpulan 5, giliran kumpulan saya pula membentangkan tugasan yang diberikan oleh cik mazalah yamg bertajuk WEB 2.0 dalam pendidikan. Alhamdulilah kumpulan saya dan kumpulan 5 berjaya membuat pembentangan dengan baik.
Seterusnya,setelah siap melakukan pembentangan kumpulan kami juga telah dinilai oleh kumpulan yang lain. Segala teguran yang kami perolehi kami akan terima dengan hati yang terbuka kerana salah dan silap itu adalah salah satu proses yang wajib dilalui sepanjang menjalani proses pembelajaran. Perasaan lega serta-merta wujud apabila sudah siap membuat pembentangan. Alhamdulilah.
Setelah itu, Cik Mazalah juga telah menunjukkan cara untuk membuat dapatan kajian hasil daripada borang selidik yang telah dibuat dan dijawab oleh rakan-rakan. Dapatan kajian yang dibuat perlu dibuat berdasarkan persoalan yang telah dibuat. Dalam dapatan juga perlu diletakkan data yang menunjukkan bilangan dan peratusan orang yang menjawab soalan yang telah di `share’kan linknya. Selain itu dalam dapatan juga perlu meletakkan graf untuk menunjukkan peratusan responden secara lebih mendalam dan tepat.